Saya tertarik dengan soalan yang diajukan oleh rakan kebun yang
mengatakan tanah kawasan rumahnya keras dan berbatu. Jangan risau, tuan puan
masih boleh berkebun. Hanya dengan sedikit usaha, ia pasti akan berhasil.
Banyak teknik yang boleh digunakan seperti korek tanah sedia ada,
tambahkan tanah lain, guna pasu, guna polybeg, guna kotak polisteren dan
sebagainya. Namun, saya memilih untuk cadangkan adalah dengan membina raised
bed. Bahasa mudahnya membina batas tanaman.
Berikut langkahnya :
1. Sediakan kotak batas
Boleh dari kayu pallet, kayu terpakai, kayu yg baru pun boleh, , batu
bata, tayar lori, tayar kereta, tayar bas dan apa apa sahaja yang sesuai.
Ketinggian yang sesuai adalah lebih kurang sejengkal setengah orang dewasa.
Ketinggian ini sesuai untuk tanaman jagung, terung, cili dan sayuran hijau
berdaun seperti kangkung, sawi, kailan.
2. Lapiskan lapisan bawah dengan kotak atau papan lapis, atau guni jut.
3. Lapiskan lapisan berikutnya dengan rumput atau daun kering.
4. Lapiskan lapisan berikutnya dengan daun agak basah.
5. Paling atas, lapiskan dengan tanah top soil + humus atau kompos.
6. Tanam tanaman pilihan tuan puan sebagaimana biasa.
Sekiranya tak cukup kelengkapan, ikut hingga langkah ketiga, terus
tambah topsoil.
Selamat berkebun, selamat membina raised bed
Kredit: Enkay Nik Mustaffa

No comments:
Post a Comment